32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

UPSI adakan aktiviti Go Green@Pulau Tiga

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi enam kolej kediamannya komited menjayakan projek Go Green@Pulau Tiga, Kuala Penyu, Sabah baru-baru ini.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyifatkan program seumpamanya dapat memupuk rasa kecintaan warga kampus terhadap alam sekitar.

Menerusi projek yang diketuai oleh Dr. Frederick Josue @ Mohd Fadhil Abdullah, peserta menanam sebanyak 150 pokok bakau, 10 pokok penaga dan pokok ketapang ditanam di kawasan Pulau Tiga, Kuala Penyu, Sabah.

“Salah satu aktiviti yang dijalankan di dalam program CSR (Corporate Social Responsibility) oleh UPSI dengan kerjasama Pasukan Ranger Taman-Taman Sabah itu adalah menanam pokok bagi memastikan hubungan libatsama komuniti dan tanggungjawab sosial diperkukuh.

Advertisements

“Lebih menarik, aktiviti berkenaan disertai oleh empat pelajar antarabangsa UPSI dari China, Jordan dan Indonesia selain melibatkan gabungan enam kolej yang terdiri daripada Kolej Awang Had Salleh, Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Ungku Omar, Kolej Za’ba, Kolej Aminuddin Baki, Unit Kediaman Luar Kampus serta Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Amin berkata, aktiviti itu dipilih menjadi salah satu aktiviti daripada enam hari keseluruhan program, mampu memberikan pengetahuan terhadap penjagaan dan kelangsungan alam sekitar kepada pelajar UPSI.

Menurut beliau, aktiviti yang dijalankan itu juga dapat memberi kesedaran dalam kalangan pelajar UPSI untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar serta pendedahan akan kepentingan habitat paya bakau dan pokok tumbuhan sekitar pulau.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan