30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Perodua optimis tingkat pasaran 40.6 peratus tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERODUA optimis mampu meningkatkan bahagian pasarannya kepada 40.6 peratus tahun ini dengan mendaftarkan 247,800 kenderaan daripada sasaran jualan industri (TIV) 610,000 berbanding 37.4 peratus bahagian pasaran pada 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ramalan 610,000 TIV adalah unjuran dalaman Perodua kerana syarikat tersebut percaya pasaran mampu melepasi sasaran 600,000 TIV yang ditetapkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.

“Selain itu, Perodua melihat jaminan daripada kerajaan bahawa langkah-langkah dalam membendung wabak COVID -19 menunjukkan kejayaan dan penutupan tidak akan berlaku lagi.

“Tahun ini, kami menjangkakan untuk mengeluarkan sebanyak 265,900 kenderaan iaitu 37.5 peratus lebih tinggi berbanding 193,400 kenderaan yang dihasilkan pada 2021.

”Peningkatan dalam pengeluaran akan membawa peningkatan pembelian alat ganti automotif sumber tempatan sebanyak 41.5 peratus iaitu kepada RM7.5 bilion berbanding RM5.3 bilion yang dibeli pada 2021.

Baca juga:   Tempahan Perodua Alza baharu dibuka

“Pemulihan ini akan membantu industri untuk pulih dengan lebih cepat kerana permintaan terhadap kenderaan masih kukuh,” katanya hari ini.

Untuk tahun 2022, Perodua mengunjurkan permintaan adalah kukuh bagi semua model dengan Myvi mendahului dengan mencatatkan sebanyak 47,525 unit diikuti Axia 43,080 unit, Bezza 42,698 unit, Ativa 26,847 unit, Aruz 15,313 unit dan Alza 14,828 unit.

Sejak ia dilancarkan pada 18 November 2021, Perodua telah menyerahkan 7,055 Myvi Baharu dengan tempahan mencecah 31,154 unit sejak 9 November 2021.

Baca juga:   Mustapa minta maaf langgar SOP makan di kedai

Zainal menjelaskan, inisiatif pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan masih menjadi insentif yang terbaik buat pengguna untuk membeli kereta baharu mereka.

”Jumlah tempahan kami untuk kenderaan baharu masih sihat dengan jaminan pengeluaran akan berjalan tanpa gangguan dan ini bermakna kami dapat memenuhi tempahan yang tertunggak tepat pada masanya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi 2021, beliau mengakui tahun ini amat mencabar kerana negara dan industri utamanya terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis di sepanjang tahun.

Bagi 2021, Perodua menjual 190,291 kenderaan, iaitu 13.6 peratus kurang berbanding 220,163 kenderaan yang didaftarkan pada 2020.-Edisi 9

Terkini

Tolak bajet sama seperti tarik sokongan terhadap PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan mana-mana pihak menolak Bajet 2023 boleh dianggap seperti...

Lagi Artikel Berkaitan