25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cuti bertindih, majikan perlu beri satu hari tambahan cuti am

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA majikan swasta yang berada di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah memberikan satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar kepada pekerja pada 3 Februari.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 1 dan 2 Februari juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan berkenaan, memandangkan kedua-dua hari pelepasan ini bertindih pada 1 Februari, tambahan satu hari lagi hendaklah diberikan kepada pekerja sebagaimana diperuntukkan di dalam proviso Seksyen 60D (1) (b) (ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Bagaimanapun, sekiranya majikan tidak menyenaraikan Tahun Baru Cina sebagai hari pelepasan am yang diambil, pekerja perlu diberikan pelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, perayaan Tahun Baru Cina pada tahun in jatuh pada 1 dan 2 Februari 2022 yanq juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.

Hari Wilayah Persekutuan ialah hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak di Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

Manakala Tahun Baru Cina, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasanam di bawah seksyen 60D(1)(a) Akta Kerja 1955, la juga wajib diambil oleh majikan.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan