30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Penjawat awam dapat cuti tanpa rekod kerja amal 5 hari setahun

Pemberian kemudahan itu adalah sebagai galakan kepada penjawat awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberikan kemudahan cuti tanpa rekod maksimum lima hari setahun kepada pegawai perkhidmatan awam yang terbabit dalam aktiviti khidmat masyarakat melalui pertubuhan yang diluluskan.

Arahan itu dikeluarkan menerusi pekeliling di portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Menurut pekeliling itu, penambahbaikan peraturan berkenaan dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.5.5.7 berkuat kuasa semalam.

Pemberian kemudahan itu adalah sebagai galakan kepada penjawat awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat.

Pekeliling sama turut memberitahu, pemakluman itu dipanjangkan kepada semua pihak berkaitan termasuk Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Buat masa ini, kemudahan cuti tanpa rekod yang diperuntukkan untuk penjawat awam termasuk tiga hari bagi kematian ahli keluarga termasuk ibu bapa mertua, 90 hari cuti bersalin, tujuh hari cuti untuk bapa (bagi isteri bersalin) dan 15 hari khusus untuk guru.

Advertisements

Mac lalu, JPA menambah baik kemudahan cuti kepada penjawat awam bagi menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin dan pengasingan.

Nama Kemudahan Cuti Kuarantin turut dipinda kepada ‘Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan’.

Kemudahan cuti itu turut menyenaraikan satu lagi senarai penyakit berjangkit iaitu ‘lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta’ menjadikan keseluruhan tujuh jenis penyakit.

Senarai penyakit berjangkit lain termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMDI), demam denggi dan demam denggi berdarah, Campak (Measles); Chickenpox; Difteria dan Malaria.

Bilangan hari cuti juga mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan