28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangun bakat muda

Puisi boleh membantu pelajar mencintai bahasa sebagaimana yang diperlihatkan menerusi Sayembara Penulisan dan Deklamasi Puisi Merdeka Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2022.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGLIBATAN badan korporat dalam program sastera peringkat institusi pendidikan berupaya membantu pembangunan bakat generasi muda dalam bidang berkenaan, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata puisi boleh membantu pelajar mencintai bahasa sebagaimana yang diperlihatkan menerusi Sayembara Penulisan dan Deklamasi Puisi Merdeka Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2022.

Justeru, Radzi merakamkan penghargaan kepada Kumpulan UMW selaku penaja sayembara yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan DBP.

“Kementerian akan menimbangkan untuk meluaskan program ini ke peringkat daerah dan negeri supaya lebih ramai pelajar berpeluang menyertainya,” katanya pada majlis penutupan sayembara berkenaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan UMW Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata UMW berharap penglibatan dalam program itu akan dapat menyuburkan semangat cintakan negara, memelihara seni puisi dan melahirkan insan berbudaya, selain mempunyai kekuatan dalaman serta jati diri.

Dalam pada itu, puisi tulisan Aisyah Noor Balqis Muhammad Asri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras muncul johan kategori pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima, manakala puisi karya Nur Zara Sofia Zakaria dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasik menjuarai kategori tahun empat hingga tingkatan dua.

Bagi deklamasi puisi pula, Muhammad Rejab Mamor dari Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip, Ipoh, Perak muncul juara kategori tingkatan tiga hingga tingkatan lima, sementara Putri Kaleisha Qistina Kamaruddin dari SK Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu, Sabah menjadi juara ketegori tahun empat hingga tingkatan dua. – Bernama

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan