32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Belum apa-apa lagi PH sudah tidak ‘sepakat’

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

APA sudah jadi dengan Pakatan Harapan (PH)? Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor belum dibuka, gabungan parti pembangkang itu awal-awal sudah menunjukkan ketidaksepakatan.

Masakan tidak, ketika semua parti dalam PH termasuk DAP dan PAN menggunakan lambang “Pakatan Harapan” sebaliknya PKR memilih untuk menggunakan logo sendiri.

Macam mana mereka nak tadbir negeri kalau seandainya dalam soal penggunaan lambang untuk bertanding dalam PRN nanti pun mereka sudah tidak sehaluan?

Apakah sebab PKR memilih untuk bertanding menggunakan lambang parti itu berbanding lambang PH?

Penulis percaya PKR masih trauma dengan kekalahan teruk mereka dalam dua PRN negeri sebelum ini iaitu di Melaka dan Sarawak.

PKR dalam PRN Melaka pada 20 Oktober lalu gagal memenangi sebarang kerusi daripada 11 yang ditandingi yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar, 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam PRN Melaka itu, PH hanya memenangi lima kerusi iaitu empat dari DAP manakala PAN menyumbang satu kemenangan menerusi bekas Ketua Menteri, Azly Zahari.

Kekalahan teruk PKR berulang di Sarawak apabila daripada 27 kerusi yang ditandingi parti itu, mereka turut gagal meraih sebarang kemenangan.

Manakala rakan sekutunya dalam PH, DAP turut menerima tamparan apabila hanya menang dua kerusi dalam PRN yang menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar dengan 76 daripada 82 kerusi yang ditandingi.

Dalam PRN Sarawak pada 18 Disember itu, DAP dan PKR memilih untuk menggunakan lambang parti masing-masing.

Advertisements

Justeru, PKR merasakan bahawa nasibnya mungkin berbeza di Johor sekiranya mereka menggunakan lambang sendiri, berbanding lambang PH.

Pada masa yang sama PKR cuba mengelak daripada ‘memiliki saham’ PH yang dicemuh rakyat sebagai kerajaan gagal selama 22 bulan mentadbir negara, dan negeri Johor.

Anwar Ibrahim
Selain faktor usia, lama berada dalam penjara antara sebab aura Anwar Ibrahim semakin pudar.

Lagi pula lambang PKR yang merupakan simbolik mata lebam Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap boleh memberi aura kepada para pengundi di Johor.

Persoalannya, apakah percaturan PKR mahu menggunakan lambang sendiri akan memberikan kejayaan kepada parti itu untuk mencipta kemenangan di Johor?

Bagi penulis, apa sahaja lambang yang digunakan parti-parti berkenaan, mereka akan tetap ditolak oleh para pengundi di negeri itu yang sudah merasai peritnya di bawah pentadbiran PH selama 22 bulan.

Aura Anwar sebagai ‘pemimpin kiriman Tuhan’ sebetulnya sudah semakin pudar, apatah lagi ketika ini populariti beliau semakin tenggelam sejak menandatangani perjanjian persefahaman dengan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiada lagi suara-suara lantang yang mengkritik dan menghentam kerajaan sepertimana dahulu, sebaliknya suaranya semakin lembik di telinga rakyat.

Malah para pengikut setianya semakin berkurangan sejak beliau semakin jauh untuk menggapai dan menduduki kerusi Perdana Menteri.

Peluang untuk beliau menjadi pemimpin nombor satu negara semakin tipis, lalu buat apa lagi ditunggu?

Lagipun sekarang ini parti-parti baharu tumbuh bagai cendawan yang boleh dijadikan alternatif mereka untuk bertenggek.

Oleh sebab itulah, penulis merasakan apapun lambang yang digunakan PKR, mereka tidak mampu untuk meraih undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan di Johor.

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan