32.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Rebat RM500 pembelian barangan elektrik untuk mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menawarkan rebat sebanyak RM500 menerusi Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia untuk pembelian peralatan elektrik domestik kepada mangsa banjir yang terkesan.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kepada pengguna elektrik domestik yang terkesan untuk membuat pembelian peralatan elektrik bagi menggantikan peralatan yang rosak.

“Pelaksanaannya akan menggunakan platform dan mekanisme Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

“Bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna dan pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang terkesan oleh banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana yang disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Melalui bantuan ini, setiap rumah kediaman pengguna dan pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang layak boleh memohon dan
mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian.

Baca juga:   Muhyiddin, isteri terima suntikan dos penggalak

“Ia sama ada secara fizikal di kedai dan pasaraya yang berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah Program SAVE,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik.

“Walau bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga,” katanya.

Baca juga:   Muhyiddin, isteri terima suntikan dos penggalak

Ujar beliau, pembelian barangan program ini akan bermula pada 7 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman sesawang di pautan http:/www.seda.gov.my/bantuan.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan...

Lagi Artikel Berkaitan