28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MUDA tepis dakwaan guna wang sumbangan beli arak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menangkis tuduhan bahawa duit sumbangan rakyat untuk misi bantuan banjir digunakan untuk membeli minuman keras buat ahli parti.

Ini susulan tular beberapa keping gambar sekumpulan individu yang memakai baju Muda, dilihat ‘berpesta’ minum bir dengan meja dipenuhi botol dan tin minuman keras tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, tuduhan tersebut tidak masuk akal kerana semua urusan sumbangan itu direkod, diaudit dan ditunjukkan kepada umum.

Katanya, dakwaan tersebut hanya formula sama yang digunakan pihak yang tidak senang dengan kerja MUDA.

Malah beliau mendakwa pihak terbabit tidak boleh menunjukkan mereka berkhidmat untuk rakyat maka mereka memainkan isu agama dan sensasi untuk merendahkan nilai dan imej MUDA. 

“Saya pantang apabila ada tuduhan bukan-bukan, lagilah wang sumbangan rakyat.

“MUDA is an open book (parti terbuka) dan semua sumbangan 100 peratus disalurkan kepada mangsa banjir. 

“Minggu lepas saya sudah buat sidang media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu. Semua urusan direkod dan akan diaudit. Tak perlu nak buat tuduhan kononnya MUDA salah guna duit beli minuman alkohol,” katanya hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Syed Saddiq menjelaskan, MUDA adalah parti berbilang bangsa dan agama yang wujud atas dasar toleransi. 

Katanya, selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, maka itu tidak mengapa. 

“Parti ini parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu. Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” ujarnya. 

Syed Saddiq juga percaya ini merupakan taktik murah dan lapuk mereka yang terdesak dan mencabar sekiranya mahu menularkan isu, pihak berkenaan tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat.

“Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri. Itu baru isu yang perlu diangkat, bukan isu makan minum orang.

“Saya sudah pesan kepada MUDA, jangan terikut-ikut budaya tua dan lapuk begini. Fokus pada kerja dan khidmat kepada rakyat.

“Berani kerana benar. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan perbelanjaan MUDA, boleh datang ke Bilik Gerakan Misi Banjir MUDA.

“Kalau nak bantu Misi Banjir MUDA, boleh pergi ke sini. Kita telah membantu lebih 5,000 keluarga dengan sumbangan tunai dan lebih RM3.2 juta,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan