25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Amira Aisya memangku jawatan Presiden MUDA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AMIRA Aisya Abd Aziz dilantik memangku jawatan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan mengosongkan jawatan Presiden berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Muda menerusi kenyataan berkata, pelantikan Timbalan Presiden MUDA itu selepas dibincangkan oleh barisan pimpinan JKEP Muda.

“Muda juga akan terus berdiri teguh dan memberi sokongan penuh bersama YB Syed Saddiq sepanjang proses rayan yang akan dilakukan dalam kadar segera.

“Pendakwaan politik terpilih sebegini wajar dihentikan. Amalan ini telah digunakan untuk kepentingan peribadi, memburukkan dan mencemarkan nama individu yang tidak bersalah.

“MUDA percaya bahawa pendakwaan politik terpilih terhadap YB Syed Saddiq akan menerima pembelaan sewajarnya.

Advertisements

“Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip politik bersih dan berintegriti, Muda akan terus memastikan khidmat bakti kepada rakyat serta kepentingan negara,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, dalam sidang media Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan mengosongkan jawatan Presiden berkenaan.

“Pengosongan jawatan tersebut adalah bagi membolehkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu membersihkan nama beliau daripada sabitan hukuman oleh mahkamah yang dihadapi.

“MUDA mengambil maklum akan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Ahli Parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini.

“MUDA ingin menegaskan bahawa YB Syed Saddiq sentiasa menghormati proses undang-undang di Malaysia dan beliau tidak pernah menangguhkan perbicaraan atas apa-apa sebab sekali pun,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan