26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Terus kesinambungan kejayaan, jangan terhenti separuh jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN pelapis dalam setiap kepimpinan sesebuah kampung perlu meneruskan kecemerlangan dan kesinambungan kejayaan organisasi, supaya tidak terhenti separuh jalan.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, semua sedia maklum bahawa sebarang kejayaan yang dicapai lazimnya bukanlah melalui jalan yang singkat.

“Mengurus kejayaan apatah lagi mengekalkan pencapaian, bukanlah jalan yang mudah. Hanya yang berupaya mengurus kejayaan dan berdaya tahan akan mencapai kemampanan, menerajui prestasi yang baik dan cemerlang walaupun masa berubah, pendukung serta kepimpinan bersilih ganti.

“Sebagaimana dapat dilihat kebanyakan kejayaan organisasi, Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah membantu kejayaan kampung-kampung tersebut, cuma apabila pertukaran pemimpin telah mengubah segala-galanya.

“Biarpun penghulu terdahulu, cukup komited dalam mengusahakan kampung, namun apabila bertukar ke tempat lain, tukar kepimpinan, tukar beberapa jawatankuasa, mungkin ilmu tidak diturunkan maka berlakulah ketidaksefahaman.

Abdul Rahman Mohamad bergambar bersama para penerima Anugerah Ilham Desa 2020 di Bangi, Selangor hari ini.

“Akhirnya, organisasi yang tinggal tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam menerajui kampung tersebut malah terkeluar daripada sasaran apa yang dirancang sebelum ini,”katanya pada sidang media Majlis Anugerah Ilham Desa 2020 di Bangi di sini.

Baca juga:   Ubah minda masyarakat luar bandar cabaran utama KPLB

Beliau berkata, kejayaan sesebuah kampung adalah hasil daripada usaha mereka dalam membangunkan ekonomi dan sosial setempat melalui homestay dalam komuniti kampung, industri perniagaan dan pelbagai projek lain seperti pembangunan industri agro perlancongan.

“Ada kampung telahpun maju dari semua sektor tersebut ditambah pula hasil bimbingan dari INFRA, namun kebelakangan ini ada sesetengahnya mati separuh jalan dan terus terkeluar daripada sasaran.

Baca juga:   Bot penambang KPLB buat penduduk Pulau Tuba, Dayang Bunting

“Kita tidak mahu ianya terhenti begitu sahaja. Oleh demikian, pemimpin pelapis perlulah meneruskan seinambungan daripada hasil yang dibawa oleh kepimpinan kampung terdahulu dan terus mengusahakannya ke tahap yang lebih baik lagi,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai AID 2020 katanta, bukanlah suatu yang mudah untuk mengekalkan momentum kejayaan agar lestari dan mampan.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada keenam-enam kampung melalui projek kreatif dan inovatif yang diketengahkan serta berani menyambut cabaran penyertaan Anugerah Ilham Desa Tahun 2020 ini,”katanya.

Pada AID 2020, Kampung Peruas, Raub, Pahang telah menjuarai pertandingan yang berjaya membawa pulang hadiah dan wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sijil dan piala iringan.

Sementara, Naib Juara dimenangi Kampung Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan, dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil, piala iringan dan tempat ketiga dimenangi Kampung Batu Puteh Kinabatangan, Sabah dengan membawa pulang RM10,000 beserta sijil dan piala iringan.

Baca juga:   5 rentung dalam nahas kereta, trafik sesak 13 km

Tiga kampung terdiri daripada Kampung Kilim, Langkawi Kedah; Kampung Sinisian, Kundasang Sabah dan Kampung Long Bedian, Marudi Sarawak masing-masing membawa pulang hadiah sagu hati berupa wang tunai RM4,000, sijil dan piala iringan.- Edisi 9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan