24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

SSM ganti Sijil Perakuan Perniagaan secara percuma

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan kepada para pemilik perniagaan yang musnah akibat bencana banjir.

Menurut kenyataan SSM, penggantian itu akan diberikan secara percuma melalui inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam.

“Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu pemilik perniagaan yang terlibat atau terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa buah negeri baru-baru ini, untuk mendapatkan salinan cetakan sijil berkenaan tanpa sebarang bayaran,” kata kenyataan itu.

SSM berkata, bagi mendapatkan salinan cetakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan secara percuma, pemilik perniagaan boleh hadir ke kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara bersama laporan polis atau dokumen berkaitan.

Advertisements

Katanya, ia sebagai bukti bencana berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan terbabit.

Tempoh pengecualian itu, kata SSM, berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana alam.

Bagi maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM melalui 03-77214000 atau emel [email protected].-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan