Wednesday, July 22, 2026

Premis pemborong beras ada bekalan beras putih tempatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OPERASI Bersepadu beras putih tempatan (BPT) di premis pemborong beras yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin di sekitar Selangor semalam, mendapati semua premis mempunyai bekalan BPT dan beras putih import (BPI).

KPKM menerusi kenyataan berkata, hasil pemeriksaan tersebut juga mendapati lesen masih sah tempoh dan simpanan beras tidak melebihi had muatan yang dilesenkan.

“Pemeriksaan telah dijalankan dengan melihat rekod transaksi pemborong, melihat stok fizikal, simpanan gudang, proses pembungkusan dan pengambilan sampel beras untuk dijalankan ujian kimia oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),”menurut kenyataan itu.

KPKM berkata, pelaksanaan Operasi Bersepadu Beras Putih ini adalah bagi memastikan tiada sebarang perlanggaran undang-undang.

“Pelanggaran berkenaan seperti tukar kampit beras tempatan kepada import, mencampurkan beras tempatan dan import serta membenteras aktiviti sorok beras.

“Pihak kementerian juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil jika didapati bersalah,”katanya.

Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) berkenaan turut mendapat kerjasama dari Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan