27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

DBKL roboh struktur gerai tanpa lesen di Bukit Bintang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan khas meroboh struktur gerai tanpa kebenaran di Jalan Nyonya Off Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur semalam.

DBKL menerusi kenyataan berkata, tindakan penguatkuasaan meroboh struktur gerai dijalankan setelah pemilik premis di tapak gerai berkenaan ingkar dengan notis pengosongan tapak perniagaan yang telah dibina di atas rezab lorong awam tanpa kebenaran dari pihak DBKL sebelum ini.

“Kesalahan telah diambil tindakan menerusi Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dengan kerjasama pihak Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta kawalan keselamatan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penguatkuasa DBKL.

“Operasi bersepadu berkenaan telah berjalan dengan lancar dan akan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, DBKL turut mengingatkan kepada lemilik premis atau struktur yang telah diberikan notis pengosongan tapak sebelum ini untuk mematuhi arahan.

“Sekiranya gagal, tindakan meroboh akan dijalankan setelah tamat tarikh notis pengosongan,”katanya.

Operasi berkenaan telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Pejabat Cawangn Bukit Bintang serta pasukan agensi sahabat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan