32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kerajaan tidak kompromi cubaan ancam keselamatan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warganegara atau bukan warganegara yang berniat mengancam keselamatan negara.

Perkara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihak berkuasa akan menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Bagi menangani perkara itu berlaku, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) berkata, kerajaan serius dengan membincangkan isu-isu terkini berhubung ancaman keselamatan di Malaysia.

“Isu tersebut termasuklah mengenalpasti strategi bagi menangani isu-isu keselamatan secara komprehensif, penambahbaikan mekanisme pengurusan krisis keganasan, memantau pengurusan krisis keganasan dan pelaksanaan counter-narrative anti keganasan secara holistik.

“Diperingkat domestik, ancaman keganasan ditangani melalui tindakan counter-radicalization bagi mengekang aktiviti penyebaran fahaman dan ideologi khususnya dalam talian serta program-program pembinaan masyarakat sebagai preventive measures.

“Pelaksanaan program-program kesedaran turut dilaksanakan berdasarkan tiga teras iaitu patriotisme, keagamaan dan langkah pencegahan melalui siaran program di televisyen, penerbitan, siaran radio, media sosial dan ceramah kesedaran,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (High Level Committee – HLC) Kawalan Keganasan (JPTKK) Bil. 2/2023.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Pengerusi JPTKK, beliau turut membangkitkan mengenai langkah pembendungan terhadap aktiviti yang menjurus kepada keganasan dalam kalangan masyarakat.

Advertisements

“JPTKK ini akan menjadi asas kepada langkah pembendungan ini agar rakyat Malaysia bebas dari sebarang pengaruh pemikiran yang menjurus kepada keganasan yang boleh mengancam
dan merosakkan reputasi negara.

“Langkah pembendungan ini juga merangkumi aktiviti pemantauan berterusan terhadap teknologi komunikasi seperti media sosial dan gaming yang turut berpotensi dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan propaganda keganasan,”katanya.

Beliau berkata, keadaan geopolitik terkini juga dilihat mampu mempengaruhi perluasan aktiviti-aktiviti kegiatan keganasan dan berpotensi untuk mengeksploitasi isu-isu semasa yang sensitif terutamanya terhadap umat Islam.

Katanya, pada masa ini, trend dan perkembangan semasa isu dan ancaman keganasan di Malaysia dan luar negara dapat memberi implikasi langsung ke atas keselamatan negara.

“Ancaman utama di peringkat global meskipun dilihat mengalami penurunan sejak tahun 2020, namun masih terdapat dua kumpulan utama yang masih kekal menjadi ancaman pengganas utama global iaitu kumpulan Al-Qaeda dan DAESH dan usaha berterusan melalui operasi Counter Terrorism masih belum berjaya menangkis ancaman ini sepenuhnya,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan turut memantau situasi terkini dan melakukan pengemaskinian makluman individu dan entiti yang tersenarai oleh negara-negara anggota melalui platform Jawatankuasa 1267 yang ditubuhkan di bawah Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Malaysia turut terlibat secara aktif dalam menjalani Penilaian Bersama (Mutual
Evaluation) 2024-2025 yang diterajui oleh Financial Action Task Force (FATF), sebuah badan antarabangsa yang diwujudkan bagi tujuan menilai tahap pematuhan dan keberkesanan negara-negara anggota terhadap piawaian antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan,”katanya.

Sementara itu, dalam mesyuarat tersebut juga, katanya, turut membincangkan perkembangan keadaan di Gaza dan perkara-perkara yang berkaitan tentang sokongan terhadap rakyat Palestin di dalam negara bagi memastikan ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan