29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Spritzer edar air minuman kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR air mineral, Spritzer menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir dengan mengedar air minuman ke pusat-pusat perpindahan sementara.

Susulan bencana yang melanda, syarikat membuat persiapan untuk mengedarkan air mineral menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia ke pusat-pusat pemindahan banjir terpilih di seluruh negara.

“Air botol mineral Spritzer bernilai lebih daripada RM50,000 kini dibawa kepada mangsa banjir dan petugas penyelamat di kawasan-kawasan terjejas, di mana mangsa tidak mempunyai akses kepada air bersih yang penting untuk menyahidrasi dan memastikan kebersihan setiap masa,” kata Spritzer dalam kenyataannya hari ini.

Spritzer prihatin terhadap kesengsaraan penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak 72 jam yang lalu dan bersedia menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas.

Menurut laporan, terdapat lebih 22,000 orang dipindahkan di seluruh Semenanjung Malaysia pada Ahad ketika negara berdepan bencana banjir terburuk sejak beberapa lama disebabkan hujan lebat berhari-hari lamanya.

Spritzer menyeru semua lapisan masyarakat supaya berwaspada dengan air yang tercemar dan mengelak meminum air dari sumber yang tidak diketahui. Orang ramai digalakkan supaya memasak air pili sebelum digunakan untuk meminum, memberus gigi dan sebagainya.

“Jangan menggunakan air yang kurang jernih atau air yang berbau, dan mengelakkan air yang tercemar terkena pada kulit dan mata,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan