36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penjawat awam tak lengkap vaksinasi ditangguh terima RM700

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam yang masih belum lengkap menerima vaksin Covid-19 akan ditangguhkan bagi menerima Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022.

Arahan penangguhan bayaran bantuan sebanyak RM700 itu terkandung dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh semalam.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, hanya pegawai yang tidak mendapatkan suntikan vaksin berkenaan atas sebab kesihatan dan memperoleh pengesahan pengamal perubatan berdaftar, dikecualikan daripada arahan terbabit.

“Penjawat awam hanya layak dibayar bantuan kewangan itu jika melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun depan.

“Pembayaran ini juga tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, ditukar sementara serta penempatan khas ke gred jawatan utama atau gred khas,” katanya dalam pekeliling berkenaan.

Mohd Khairul Adib berkata, seterusnya, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari tahun ini hingga 25 Januari 2022, serta pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam bagi tempoh sama.

“Selain itu, pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 hingga 25 Januari tahun depan, dan pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.

“Pegawai yang ditahan kerja, digantung atau mempunyai rekod surat pertuduhan dikeluarkan pihak berkuasa tatatertib, juga akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2022.

Menurutnya, pegawai terbabit hanya layak dibayar jika pihak berkuasa tatatertib mendapati individu berkenaan tidak bersalah.

“Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Januari tahun depan, layak diberi Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700.

“Bantuan khas ini akan dibayar pada 25 Januari tahun depan dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan