32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

Siap-siaga hadapi banjir, elak kejadian di Selangor berulang – PM

Mesti Baca

PENDUDUK di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dinasihati supaya bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung hujan berterusan di kawasan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, beliau tidak mahu kejadian banjir seperti di Selangor berulang apabila kebanyakan penduduk tidak bersedia menghadapi bencana itu sehingga mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.

“Kita tidak mahu jadi seperti Selangor kerana banjir bukan perkara biasa di negeri itu. Jadi apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran mereka mungkin tidak menjangka air naik dengan cepat dan enggan berpindah.

“Akhirnya ramai terperangkap dan ramai terpaksa berpindah serta merta tanpa sempat menyelamatkan harta benda serta dokumen pengenalan diri,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Bera, Pahang hari ini.

Baca juga:   Tak kemas kini MySejahtera bukan satu kesalahan - Ismail Sabri

Dalam lawatan itu Ismail menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut sebelum ke beberapa PPS yang berhampiran di kawasan berkenaan

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengingatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya turut bersedia dari segi PPS, bantuan barangan, keperluan aset selain memastikan sistem perparitan dan saliran diselenggara dengan baik.

Sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri di utara Semenanjung hari ini.

Baca juga:   Komponen BN serah kepada PM tentukan masa sesuai PRU-15

Menurut jabatan itu, amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama. – Edisi 9

Terkini

Kerajaan sedia geran tahunan RM4juta kepada MTUC

KERAJAAN bersetuju menyediakan geran tahunan sebanyak RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program kesedaran dan...

Lagi Artikel Berkaitan