29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

86 kes positif COVID-19 lagi dikesan libat mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT penambahan sebanyak 86 kes positif COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 86 kes yang dilaporkan positif pada hari ini, sebanyak 75 kes telah dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala sebanyak 11 kes lagi adalah kes COVID-19 yang sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum kejadian banjir.

“Setakat ini tiada kejadian kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS.

“Kesemua 86 kes telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain iaitu sembilan kes di tempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), 12 kes di hospital, 62 kes di PPS kuarantin, dan tiga kes menjalani kuarantin di rumah,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, sehingga kini jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di seluruh negara adalah sebanyak 456 iaitu 280 di Pahang, 128 di Selangor, 28 di Kelantan, sembilan (9) di Melaka, enam (6) di Negeri Sembilan, tiga (3) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan dua (2) di Perak. Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir pula adalah seramai 71,320 orang.

Dr Noor Hisham berkata, selain kes COVID-19, kejadian banjir juga berisiko meningkatkan kejadian penyakit berjangkit yang lain seperti keracunan makanan [Acute Gostroenteritis (AGE), tifoid, dan kolera], Hand Foot Mouth Disease (HFMD), leptospirosis, jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit, dan demam denggi.

Baca juga:   Dos penggalak kedua kepada individu dengan syarat tertentu
Baca juga:   COVID-19: 4,020 kes baharu, tiga kematian direkod

“Setakat hari ini, sejumlah 203 kes ARI, 73 kes penyakit kulit, 19 kes AGE, 12 kes demam, dua kes cacar air, dan 55 kes penyakit berjangkit lain yang melibatkan mangsa banjir telah dilaporkan ke Bilik Gerakan Banjir Kebangsaan.

“Walau bagaimanapun, tiada kes konjunktivitis, tifoid, kolera, hand foot mouth disease (HFMD), leptospirosis, dan denggi yang dilaporkan sehingga kini,”katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa cakna akan risiko penyakit-penyakit berkaitan banjir yang mungkin terjadi dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin dalam keadaan yang genting ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memaklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan.

“Selain itu, sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS.

“Sebaik boleh, berusaha untuk memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal, dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19.

“Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas.

“Di samping, memakai kasut yang bertutup, seelok-eloknya kasut keselamatan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir.

Baca juga:   448 murid dapat manfaat subsidi tambang bas sekolah Kesedar

“Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar; dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan termasuk fasiliti kesihatan swasta juga perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas.

Baca juga:   1.13 juta individu telah lengkap dua dos vaksin Covid-19

“Selain menggerakkan petugas perubatan dan kesihatan ke PPS, KKM juga giat menjalankan pemeriksaan keselamatan bekalan air minum, aktiviti kawalan vektor, pemeriksaan keselamatan makanan serta pendidikan kesihatan di PPS bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan banjir.

“KKM tidak menolak kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19 berikutan SOP yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat bencana banjir yang melanda negara ini.

“Walau bagaimanapun, KKM akan sentiasa memantau keadaan ini dari semasa ke semasa dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung,”katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut dan kemas kini mengenai info bencana banjir, sila layari https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemuda UMNO sokong ketegasan PM

PEMUDA UMNO menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa...

Lagi Artikel Berkaitan