32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

USIM aktif bilik gerakan bencana banjir bantu pelajar, kakitangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah segera mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Ahad lalu bagi menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas terutama yang berada di sekitar Labu Lanjut, Salak Tinggi dan Sepang, Selangor.

Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali berkata, bagi memastikan operasi Bilik Gerakan ini berfokus dan mencapai objektif, tiga komponen utama diberi perhatian iaitu keurusetian, keperihatan dan operasi.

Menurutnya, tindakan segera yang telah diambil oleh Bilik Gerakan USIM ialah mengumpul maklumat kakitangan dan pelajarnya yang terjejas dengan bencana banjir secara dalam talian bagi tujuan koordinasi bantuan.

“Selain itu, pusat pengumpulan sehenti sumbangan banjir turut disediakan di Pusat Sukan USIM bagi memudahkan penerimaan barangan sumbangan orang ramai.

“Antara barangan sumbangan yang disasarkan untuk dikumpul antaranya makanan ready to eat, kit kebersihan diri, kit keperluan wanita, air mineral/minuman, keperluan bayi, selimut dan toto,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:   USIM benarkan 70 peratus pelajar pulang ke kampus 21 Mac

Muhammad Haizuan berkata, bantuan awal mula digerakkan seawal tengah hari Ahad lalu dengan agihan makanan keperluan kepada mereka yang terkandas di kediaman masing-masing.

Manakala menurutnya, kakitangan USIM yang kediaman mereka terjejas teruk dengan banjir disediakan penginapan alternatif di kolej-kolej kediaman berdekatan kampus.

“Badan Kebajikan Kakitangan USIM turut menyalurkan bantuan segera RM200 kepada kakitangan yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, pada masa yang sama, bagi membantu hampir 300 keluarga yang masih terkandas di sebuah taman perumahan di Labu Lanjut, USIM turut menyerahkan pinjaman kayak dan alatan bantuan menyelamat kepada wakil penduduk juga pada Ahad lalu.

Baca juga:   Kuala Lumpur, Selangor paling banyak kerja kosong

Sementara itu, Pusat Wakaf dan Zakat USIM turut mengambil pendekatan menubuhkan Tabung USIM Prihatin bagi mengumpul sumbangan kepada warga USIM yang terkesan dengan banjir melalui portal Jom Infaq.

“Menyasarkan kutipan sebanyak RM130,000, sehingga jam 11.00 malam Ahad lalu, sumbangan yang diterima daripada masyarakat yang prihatin amat menggalakkan iaitu sebanyak RM47,629.00 berjaya dikumpul kurang 24 jam sejak ia dilancarkan.

Menurut beliau, tidak hanya memfokuskan bantuan semasa banjir, USIM turut mula menyiapkan pasukan sukarelawannya terdiri daripada kakitangan dan pelajarnya untuk bantuan pasca banjir khususnya operasi pembersihan kediaman.

“Pengurusan Universiti amat prihatin dan bersimpati dengan mangsa banjir khususnya dalam kalangan kakitangan para pelajar dan menasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri,” katanya.

Baca juga:   16 pesawat China ceroboh Zon Maritim Malaysia

-EDISI9

Terkini

Kerajaan sedia geran tahunan RM4juta kepada MTUC

KERAJAAN bersetuju menyediakan geran tahunan sebanyak RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program kesedaran dan...

Lagi Artikel Berkaitan