Monday, July 20, 2026

Banjir: 355 kawasan di Selangor belum ada elektrik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 355 kawasan masih belum mendapat bekalan elektrik di Selangor ekoran penutupan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB menerusi Facebook TNB Careline berkata, setakat pukul 12 tengah malam tadi, bekalan elektrik masih belum dapat diberikan.

“Ini kerana keselamatan pengguna setempat perlu diutamakan dahulu,”katanya.

TNB berkata, jika banjir sudah surut tetapi pengguna masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

Kesemua 355 kawasan ialah 151 di Shah Alam, Sepang (72), Bangi (46), Banting (40), Klang (30), Kuala Selangor (10), Pelabuhan Klang (2), Cheras (2), Rawang (1) dan Puchong (1).-Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan