25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Guru dakwa rugi RM438,900 akibat Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERPEDAYA oleh dua individu dipercayai sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis menerusi penggilan telefon, seorang guru wanita mengalami kerugian sehingga RM438,900 sejak Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 44, mendakwa dihubungi seorang lelaki kononnya wakil syarikat insurans pada awal Ogos, bagi menyiasat penipuan tuntutan bernilai RM76,000 atas namanya.

“Mangsa menafikan dakwaan itu, menyebabkan suspek memintanya berhubung dengan seorang lagi suspek lelaki yang dikatakan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Kuala Lumpur yang akan mengendalikan kes salah guna nama mangsa.

“Suspek kedua semasa dihubungi pula mendakwa nama mangsa turut dikaitkan dengan siasatan pengubahan wang haram berjumlah RM2.8 juta menyebabkan dia perlu membayar wang jaminan sebanyak RM600,000 dengan membuka akaun bank yang baharu.

“Mangsa mendakwa telah membuka akaun itu namun hanya mampu menyediakan wang sebanyak RM439,032 dan suspek turut mengarahkan mangsa menyerahkan semua maklumat perbankan bagi tujuan siasatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa membuat semakan di bank pada Isnin lalu dan mendapati wang akaunnya hanya berbaki RM132.31 selain terdapat banyak transaksi pemindahan wang secara online ke akaun tidak diketahuinya.

“Mangsa cuba mendapatkan penjelasan daripada ‘pegawai polis’ tersebut, namun mendakwa nombor telefon itu tidak lagi digunakan.

“Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Nenasi, Pekan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan