36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

RM361.1 juta diluluskan bagi baik pulih, bina baharu PPRT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar telah luluskan peruntukan sebanyak RM361.1juta melibatkan 2,400 unit PPRT Bina Baharu(BB) dan 11,450 unit PPRT Baik Pulih(BP) bagi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun pelaksanaan PPRT bagi projek Bina Baharu(BB) secara kaedah Industrialised Building System (IBS)telahpun dimulakan pada tahun 2019.

“Ia bertujuan untuk menjimatkan kos dan mengurangkan tempoh masa pembinaan rumah.

“Ini juga bagi menyahutsaranan Kerajaan yang menggalakkan peningkatan industri pembinaan
dengan memberi tumpuan kepada penggunaan IBS, selaras dengan hala tuju ke arah mencapai status negara maju serta pembinaan yang lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Alor Gajah) berkaitan pertanyaan mengenai dasar kerajaan untuk membangunkan PPRT menggunakan IBS.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, buat masa ini, Kementerian memberi pilihan kepada kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek secara konvensional atau IBS.

Katanya, dari tahun 2019 sehingga 2021,sebanyak 1,918(50.3 peratus) unit rumah Bina Baharu PPRT telah dilaksanakan secara kaedah IBS berbanding dengan jumlah keseluruhan iaitu 3,833 unit.

“Kementerian juga menyokong usaha pihak Agensi Pusat untuk melaksanakan semakan semula insentif IBS sedia ada untuk menggalakkan pemaju menggunakan teknologi IBS bagi mengawal kos dan meningkatkan kecekapan dalam pembinaan terutama bagi projek berskala kecil.

Ujar beliau lagi, PPRT merupakan usaha Kerajaan bagi membolehkan rakyat mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa khususnya kepada kumpulan sasar golongan miskin dan miskin tegar dikawasan luar bandar.

“Dua skop bantuan dibawah kementerian iaitu baik pulih dan bina baharu rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar diluar bandar,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan