29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Liputan prasarana luar bandar lengkap, akses perhubungan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menggariskan Liputan Prasarana
Luar Bandar Yang Lengkap menerusi Teras 4 Dasar Pembangunan Luar Bandar, untuk memastikan akses perhubungan masyarakat luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan komited dalam memastikan penduduk luar bandar menerima kemudahan infrastruktur yang sewajarnya termasuklah pelaksanaan projek-projek seperti Jalan Perhubungan Desa
(JPD) di kawasan-kawasan kampung di Negeri Sembilan.

“Ini bagi memastikan penduduk setempat mendapat kemudahan akses jalan yang berkualiti dan selesa di kawasan kampung, dan pihak Kementerian akan sentiasa menambah baik pelaksanaan dari segi proses, kaedah dan pemantauan projek supaya memenuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.

“Ini penting untuk memastikan pelaksanaan projek ini mencapai hasrat kesejahteraan hidup masyarakat dalam aspek fizikal, ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk A. Kesavadas berkenaan penambahbaikan akses jalan perhubungan desa di kawasan- kawasan kampung di Negeri Sembilan dan strategi bagi mewujudkan kesamarataan taraf hidup ekonomi bagi semua kaum di kawasan luar bandar.

Advertisements

Mahdzir berkata, selain itu, bagi mewujudkan kesamarataan taraf hidup ekonomi masyarakat luar bandar, KPLB bukan sahaja memberi tumpuan melaksanakan program/ projek yang berbentuk pembangunan fizikal semata-mata seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Air Luar Bandar(BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar(BELB), malahan terdapat juga program khusus bagi membantu penduduk luar bandar dalam kategori miskin, miskin tegar dan B40.

“Seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT),Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) serta program-program keusahawanan dibawah agensi KPLB seperti KEMAS, MARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah.

“Program-program yang dilaksanakan ini membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana
pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, bagi tujuan penyelenggaraan jalan di NegeriSembilan, peruntukan juga boleh dipohon dibawah peruntukan MARRIS (Malaysian Road Information System Online) melalui Jabatan Kerja Raya(JKR) Negeri dan Pejabat Daerah.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan