33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Dutch Lady sumbang 2,000 pek susu buat kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) menyumbangkan sebanyak 2,000 pek susu kepada 1,000 orang kanak-kanak daripada 43 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh Putrajaya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun berkata, program berkenaan merupakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka dalam membantu dan meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pendemik covid 19 yang melanda negara.

Menurut beliau, Kerajaan sentiasa menyambut baik dengan sumbangan yang diberikan oleh rakan strategik seperti Dutch Lady yang sudi untuk bersama dengan KEMAS khususnya untuk tajaan susu kepada anak-anak TABIKA.

“Pihak kerajaan juga sedang berusaha memerangi masalah kebantutan di kalangan kanak-kanak dan dengan adanya program sebegini rupa akan dapat membantu kerajaan khususnya anak-anak TABIKA KEMAS mendapat minuman yang berkhasiat.

“Program sumbangan seperti ini juga akan dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan dengan pendemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara,” katanya sempena Majlis Flag Off Program Sumbangan Produk Susu Dutch Lady Milk Industries Berhad di Lobi Utama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Putrajaya, hari ini.

Ramlan berkata, program berkenaan juga dapat memenuhi sebahagian daripada polisi Dasar Pemakanan Kebangsaan 2.0 untuk mengatasi ketidakseimbangan pemakanan di kalangan kanak-kanak.

“Terima kasih diucapkan kepada Dutch Lady yang telah menaja hadiah Hari Potensi KEMAS tempoh hari.

“Fasa kedua iaitu pada hari ini Flag-Off program sumbangan produk susu Dutch Lady Milk Industries Berhad secara percuma kepada 43 buah TABIKA/TASKA KEMAS Wilayah persekutuan dan fasa ketiga memberi potongan harga yang istimewa kepada anggota KEMAS dan anak-anak KEMAS yang membeli susu Dutch Lady.

Malah beliau juga berharap agar program seperti itu dapat diteruskan oleh pihak Dutch Lady bersama KEMAS bagi memastikan kerjasama pintar ini akan memberi manafaat kepada kanak-kanak TABIKA/TASKA KEMAS mendapat makanan yang seimbang dan betul.

“Program seperti ini bolehlah di lebarkan ke kawasan luar bandar khususnya di Daerah Kuala Lipis dan Daerah Padang Terap.

Ramlan turut menyatakan, setiap kanak-kanak yang dihantar ke TABIKA atau TASKA KEMAS sentiasa menerima nutrisi secukupnya seperti yang digariskan dalam Polisi Dasar Pemakanan Kebangsaan 2.0 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak tumbesaran dan perkembangan seorang kanak-kanak itu. Masalah kekurangan zat makanan dan pengambilan zat makanan yang tidakseimbang ini boleh diatasi dengan adanya program Bantuan Makanan Tambahan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

“KEMAS memperuntukkan hampir RM124 juta pada tahun ini melalui program Bantuan Makanan Tambahan bagi memastikan anak-anak yang berada di seluruh TABIKA dan TASKA KEMAS dibekalkan makanan yang sihat dan seimbang seperti susu dan sebagainya.

Untuk rekod, DLMI menjadi sebahagian dari rakan strategik KEMAS sejak tahun 2019 lagi .

Sementara itu, Pengarah Pemasaran DLMI, Puan Zatur Hassim berkata, kerjasama awam-swasta KEMAS dan DLMI ini bukan sahaja satu manifestasi nilai “Bersepakat dan bersatu dalam menghadapi cabaran” di bawah konsep Keluarga Malaysia.

Malah menurutnya, ia amat bersesuaian dengan tujuan murni DLMI yang bertapak di negara ini sejak lebih setengah abad lalu dalam membawa misi untuk Mengkhasiatkan Nusa dan Bangsa demi memenuhi semangat sebuah Keluarga Malaysia yang cergas, cerdas dan berdaya maju yang kita sayangi dan hargai semenjak dulu, kini dan selamanya.

“Antara kerjasama strategik yang turut dilaksanakan oleh syarikat program DLMI bersama KEMAS adalah program Seminar Kesihatan KEMAS Tahun 2019 iaitu menyumbang 500 pek susu dan Pameran Produk Dutch Lady”Selain itu, sumbangan kepada semua peserta Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan dan Negeri Tahun 2020 dan 2021.

Malah menurutnya, DLMI menaja sejumlah 250 hadiah kepada peserta Larian Virtual Program Webinar Kesihatan KEMAS Tahun 2021.

“DLMI turut bercadang memberi tawaran harga istimewa berbanding dengan harga di pasaran mengenai produk susu Dutch Lady kepada pihak TABIKA dan TASKA KEMAS menerusi kaedah promo kod yang boleh diperolehi menerusi laman jualan secara Dalam Talian di Shopee selain aktiviti-aktiviti yang mempunyai faedah bersama pada masa yang datang.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan