26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

‘Quran ada?’ pertanyaan mangsa banjir jentik hati sukarelawan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“AKU pun keluarkan barang-barang seperti toto, bantal, selimut, telekung dan sejadah. Kemudian makcik itu tanya al-Quran ada? Aku pun jawab maaf banyak-banyak makcik, saya terlupa bawa.

“Tiba-tiba wajah makcik tu berubah. Serius aku cakap, wajah makcik itu terus bertukar. Aku pun cakap kat makcik itu, tak apa makcik, esok saya hantar al-Quran.”

Begitulah pengalaman seorang sukarelawan yang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Bukit Lanchong, Shah Alam seperti dikongsinya menerusi Facebook.

Mohammad Najmi Inchik Hashim yang juga penceramah bebas berkata, wanita yang dipanggil makcik itu sebenarnya menunggu sesiapa yang datang menghulurkan senakhah al-Quran untuk dibacanya memandangkan sudah seminggu tidak dapat melakukannya.

Katanya, ketika dia memaklumkan akan menghantar al-Quran esok hari, sedikitpun tidak menceriakan wajah wanita tersebut, malah kelihatan menangis ketika dia mahu menaiki kenderaan sebelum beredar.

“Masa aku jalan tu, terus aku fikir mana nak dapatkan al-Quran untuk makcik ni. Kebetulan rumah makcik ni dengan rumah mentua aku di Putra Height tak la jauh mana pun. Aku terus call ayah mentua aku tanya ada al-Quran lebih tak dan ayah mertua aku kata ada lebih tiga di rumah.

MOHAMMAD NAJMI INCHIK HASHIM

Menurut Mohammad Najmi, dia kemudiannya segera ke rumah mentuanya untuk mengambil dua naskhah al-Quran dan terus menghantarnya ke rumah wanita tersebut.

“Sampai saja depan rumah dia, aku panggil makcik, al-Quran. Terus dia keluar rumah dalam keadaan senyum. Makcik tu amik al-Quran kat tangan aku sambil cium-cium al-Quran tu. Makcik itu menangis beritahu aku, dah seminggu makcik tak baca (al-Quran).

“Dia peluk cium al-Quran tu. Kata makcik tu lagi habis semua al-Quran dalam rumah makcik kena air (banjir), makcik hafal surah lazim-lazim saja, seminggu ni baca tu je la, sambil mencium-cium al-Quran yang aku bawa tu,” kongsinya.

Dia berkata, peristiwa tersebut benar-benar mengetuk pintu hatinya kerana hampir semua mangsa banjir menanti bantuan keperluan rumah tetapi wanita tersebut hanya menantikan sekhah al-Quran yang baru seminggu tidak dibacanya kerana banjir.

“Punya ramai orang sedang menanti bantuan keperluan rumah tapi makcik ni hanya menanti al-Quran yang baru seminggu dia tak berpeluang nak baca disebabkan banjir. Makcik tu hanya ambik dua al-Quran di tangan aku.

“Kepada sukarelawan-sukarelawan di luar sana, jangan lupa bawa al-Quran sekali waktu hantar bantuan, ramai yang ternanti-nanti al-Quran. Bawa al-Quran yang besar, mudah makcik-makcik ini nak baca,” nasihatnya.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan