24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Aerotrain KLIA dinaik taraf untuk tingkat kecekapan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM Aerotrain yang telah beroperasi selama 23 sejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka akan dinaik taraf bagi menawarkan kecekapan dari segi operasinya.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Berhad (MAB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, untuk itu, pihaknya telahpun memulakan latihan penggantian Automated People Mover (APM) bagi menaik taraf sistem terbabit.

“Ini kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Aerotrain berkenaan sering menghadapi gangguan perkhidmatan, menyumbang kepada ketidakcekapan operasi yang mengakibatkan penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif.

“Ia tidak lagi boleh dilaksanakan untuk mengekalkan Aerotrain semasa. Aset lama lebih mudah rosak dan ini akan menyusahkan penumpang.

“Ia juga menggunakan teknologi lama, menjadikannya sukar untuk mendapatkan alat ganti.

“Aerotrain baharu akan dinaik taraf bersama infrastruktur sistem trek, dan ini juga akan menyediakan lapangan terbang dengan kecekapan operasi yang lebih baik.

ISKANDAR MIZAL MAHMOOD

“Tidak dinafikan terdapat sedikit kesulitan kepada penumpang dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa tempoh naik taraf.

Advertisements

“Sementara kami akan berusaha untuk meminimumkan gangguan perkhidmatan, penumpang akan terus dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas yang telah berjalan dengan baik sebagai perkhidmatan alternatif sejak 2017,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Aerotrain baharu itu antara lain akan dipertingkatkan dari segi keselamatan, keselesaan, penampilan, penggunaan tenaga dan diagnostik.

“Ia juga akan menawarkan fleksibiliti untuk sambungan lancar untuk terminal baharu pada masa hadapan.

“Projek APM baharu ini telah dianugerahkan kepada Pestech Technology Sdn Bhd (Pestech), anak syarikat milik penuh Pestech International Berhad, dan akan bermula pada Mac 2022 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

“Projek ini merangkumi penggantian sistem Aerotrain serta penyelenggaraannya selama 10 tahun sehingga 2034,” katanya.

Ujar beliau, Pestech akan bekerjasama dengan OEM terkemuka, Bombardier Transportation yang baru-baru ini diambilalih oleh Alstom.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan