25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mydin lancar ‘Ourdin’, kumpul dana bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi Mydin Prihatin melancarkan kempen Ourdin sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, kempen dengan slogan ‘Bersama Kita Bersatu’ dinamakan Ourdin menyasarkan bagi memanfaatkan rantaian bekalan dan logistik sebagai platform mengumpul dana.

“Dalam masa rakyat Malaysia boleh bersama menghulurkan sumbangan dan bantuan segera kepada mangsa di kawasan terjejas.

“Kami percaya Mydin mampu memainkan peranan membantu mangsa-mangsa banjir, tetapi kami tidak boleh melakukannya sendiri dan memerlukan sokongan semua pihak.

Advertisements

“Justeru, melalui inisiatif Ourdin ini, keseluruhan 100 peratus hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan dan memerlukan, di samping menunjukkan solidariti kami bersama seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Jaga Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Mydin Prihatin membuka laman sesawang khusus iaitu Ourdin bagi membolehkan orang ramai membantu mangsa banjir menerusi pembelian baju T berkolar eksklusif keluaran Mydin bernilai RM55.

“Penghantaran adalah secara percuma untuk Semenanjung Malaysia, manakala RM15 bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

“Proses penghantaran akan dilakukan dalam tempoh antara 10 hingga 14 hari bekerja. Kempen bermula 29 Disember 2021,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan