28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Jumlah mangsa banjir di 4 negeri kekal, Melaka berkurangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan masih kekal manakala di Melaka sudah berkurangan sehingga pagi ini.

Memetik laporan Bernama, di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu setakat pagi ini masih kekal 2,281 individu daripada 563 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang mencatatkan bacaan di paras amaran iaitu pada ketinggian 3.61 meter setakat 7 pagi dan kini dalam trend menurun.

Di NEGERI SEMBILAN, mangsa banjir di negeri itu kekal kepada 29 individu daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Jelebu setakat pagi ini.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan sejumlah 5,987 mangsa banjir masih berada di 42 PPS di lima daerah pada pagi ini.

Baca juga:   Pak Lah sihat, ceria terima kunjungan Reezal Merican

Daerah terlibat ialah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.

Jabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca hujan di semua daerah terbabit pada pagi ini.

KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada lima keluarga melibatkan satu PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas, setakat 7 pagi ini.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.

Baca juga:   Proton, Perodua tawar diskaun kepada pelanggan terjejas banjir

Manakala di MELAKA, jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan kepada 16 orang daripada empat keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 26 orang daripada lapan keluarga pada 8 malam tadi.-Edisi 9

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan