24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mahasiswa rebut peluang dekati kementerian, agensi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) membuka peluang kepada golongan mahasiswa untuk mendekati kementerian dan agensi-agensinya dengan lebih dekat.

Rata-rata kalangan mahasiswa yang mengunjungi program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sejak Khamis sehingga esok itu mengakui banyak maklumat dan pengalaman yang diperoleh di sini.

Bagi Amir Izwan Mat Hussin, 22, dari Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, tarikan utama program ini pada pandangannya adalah penyediaan Hari Sukan Rakyat yang penuh dengan variasi.

Dia yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan berkata, hari Sukan Rakyat yang dianjurkan menunjukkan kerajaan tidak mengenepikan kesenian dan kebudayaan dan ia merupakan satu platfrom yang bagus.

“Di samping itu, kepelbagaian aktiviti yang disediakan untuk pengunjung, yang hadir dengan latar belakang berbeza di mana ada yang datang bersama keluarga dan yang jelas program ini meraikan semua bukan fokus kepada mahasiswa sahaja,” katanya kepada Edisi 9, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kuala Krai, Kelantan itu berkata, bahagian kerjaya yang juga diketengahkan pada program AKM juga secara tidak langsung dapat membantu mahasiswa sepertinya dalam melihat prospek kerjaya.

Amir Izwan Mat Hussin

“Jadi saya tidak melepaskan peluang mendekati kementerian yang berkaitan dengan jurusan yang saya ambil sekarang dan sedikit sebanyak memberi gambaran jelas pada diri saya.

“Di samping itu,ada juga pameran buku sastera. Banyak juga buku di diketengahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada program ini yang juga sangat menarik,” katanya. 

Pandangan yang hampir sama turut dikongsikan Mohd Ikhwan Anas Azamani, 21, mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Advertisements

Dia yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam berkata, menerusi program ini, ia secara tidak langsung dapat membuka mata mahasiswa sepertinya bagi mendapatkan maklumat kerjaya selepas ini.

Mohd Ikhwan Anas Azamani

“Hari ini saya berkesempatan singgah ke rerurai Jabatan Kejuruteraan (Kementerian Kerja Raya) yang banyak menerangkan tentang kerjaya serta bimbingan. Ini antara sebab kenapa program ini sangat menarik kerana mahasiswa boleh rapat dengan kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Dalam pada menumpukan kepada peluang kerjaya, di luar akademik pula saya sempat bermain dam haji dalam sukan rakyat. Ia sesuatu yang menarik sekali dan dapat juga saya menghiburkan diri,” katanya berasal dari Mersing, Johor.

Amir Izzuddin Azhar, 23, dari Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim pula berminat untuk mencuba pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) pada program ini.

Dia yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Kejurulatihan berkata, e-Sukan memang menjadi makanannya, jadi dia tidak melepaskan peluang untuk turut serta.

“Mana tahu, boleh dapat hadiah jika menang,” katanya yang merupakan seorang atlet persilatan.

Shabil Hani Mohd Shazari

Bagi, Shabil Hani Mohd Shazari, 19, dari Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM) Setapak, penganjuran program ini boleh membuatkan mahasiswa lebih memahami fungsi kerajaan dan sesuatu kementerian mengenai skop dan bidang tugas yang mereka lakukan.

“Daripada tidak tahu, menjadi tahu. Selain itu, aktiviti yang disediakan dalam program ini juga bagus lebih-lebih lagi menarik minat saya mengetahui lebih dekat tentang alat tradisional muzik,” katanya yang mengambil Diploma Perakaunan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan