28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Mahasiswa UM santuni adik-adik tiada kerakyatan di Semporna

Mesti Baca

SEKUMPULAN mahasiswa Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mengadakan program khidmat komuniti di Sekolah Alternatif, Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah yang diasaskan oleh Borneo Komrad. 

Program oleh mahasiswa dari Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI), Akademi Pengajian Islam itu bertujuan menyantuni pelajar tanpa kerakyatan yang menghadapi halangan untuk mendapat pendidikan formal. 

Dalam masa yang sama, pengisian program diisi dengan slot yang memberikan sokongan moral dan bimbingan dalam 3M+1 iaitu Membaca, Menulis, Mengira, dan Mengaji, sambil mengukuhkan kefahaman asas Islam dalam kalangan pelajar. 

Pengarah Program, Azamuddin Ali berkata, seramai 15 orang mahasiswa terlibat dalam program yang melibatkan hampir 30 pelajar itu.

Beliau berkata, selain pendedahan akademik, program itu juga memupuk nilai-nilai kasih sayang, empati dan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dalam mengubah nasib komuniti yang terpinggir. 

Advertisements
Mahasiswa UM mendekati adik-adik yang tidak mempunyai kerakyatan untuk memberikan mereka motivasi.

“Kami berharap dapat memberi motivasi kepada pelajar agar mereka tidak melihat status kewarganegaraan sebagai halangan untuk mencapai cita-cita.

“Kami ingin menanamkan kesedaran bahawa pendidikan adalah kunci kepada perubahan masa depan. 

“Selain itu kefahaman asas Islam turut diterpakan dalam setiap modul dan pengisian program,” katanya dalam kenyataan.

Azzmuddin berkata, program tersebut juga mendapat sokongan pelbagai organisasi,  institusi dan orang perseorangan. 

Antaranya Yayasan Amal Malaysia, Yayasan Restu Nasyrul Quran, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Zaman Apparel dan Mudim Zakaria Food Industries Sdn. Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan