Wednesday, July 22, 2026

Sultan Ibrahim serah watikah sembilan perwakilan asing

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke negara ini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Laos, Thepthavone Sengmany; Niklas Wiberg (Sweden); Anne Vasara (Finland) dan  Kirstine Vangkilde Berner (Denmark).

Turut menyerahkan watikah mereka ialah Ali Mohamed Abukar (Somalia);  Rafael Daerr (Kesatuan Eropah), Marta Laura Gabrieloni (Argentina) dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Jori Robinson serta Jimmy Ovia (Papua New Guinea).

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan dua perwakilan Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada,  Datuk Dr. Shazelina Zainul Abidin.

Sultan Ibrahim dan Mohamad Hasan bersama Rizany Irwan (kanan) dan Dr Shazelina Zainul Abidin.

Hadir sama pada istiadat tersebut, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar Negeri, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan