27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Dr. Tuna komersialkan sate ikan tuna sirip kuning

Sasar keluarkan 500,000 cucuk sate ikan tuna sirip kuning sebulan, penuhi pasaran perhotelan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IKAN tuna semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di negara ini sebagai hidangan pembuka selera dan pelengkap bagi hidangan utama.

Malahan menu ikan tuna juga diperluaskan inovasinya menjadi hidangan sampingan dan produk tambah nilai seperti sate, stik tuna, tuna tin, serunding, keropok kulit tuna dan sebagainya.

Bertitik tolak daripada itu Dr. Tuna Sdn Bhd mengambil peluang mengkomersialkan sate ikan tuna sirip kuning yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai sumber kekayaan baharu negara untuk dikembangkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Khartini Isa, syarikat itu mula mengusahakan produk ikan tuna pada akhir 2018 sewaktu terlibat dalam Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

“Pada asalnya produk ini adalah idea daripada Jabatan Perikanan Malaysia, dan kami sebagai usahawan bimbingan jabatan mengambil inisiatif menginovasikan produk asas dengan mempelbagaikan perisa lain di samping menambah baik dari segi tekstur dan saiz.

“Jadi sehingga kini Dr. Tuna mempunyai tiga perisa sate tuna sirip kuning iaitu tradisional, lada hitam dan madu,” katanya ketika ditemui di program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Baca juga:   Tragedi tertidur dalam kereta, 3 sahabat maut, 1 kritikal
PRODUK usahawan Dr. Tuna dalam wawancara khas sempena Program 100 Hari Aspirasi Malaysia di KLCC hari ini. Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Khartini berkata, sebelum ini sate tuna sirip kuning belum dikomersialkan lagi sehinggalah beliau melihat keistimewaan ikan tersebut dan mengambil masa hampir dua tahun melaksanakan pembangunan dan penyelidikan (R&D).

“R&D terbabit meliputi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai, bagaimana mereka merasai sate tuna ini sendiri serta pandangan orang ramai tentang tuna sirip kuning yang diinovasikan menjadi sate.

Baca juga:   KeTSA tolak permohonan baharu perlombongan di Tasik Chini

“Jabatan pula membantu dari segi teknikal dan membimbing usahawan dalam mengendalikan ikan serta menjaga kualiti penangkapan dan pemotongan.

“Bagaimanpun, langkah untuk menembusi pasaran fizikal terhenti seketika disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, namun begitu, kami mengambil inisiatif mengkomersialkan produk ini menerusi atas talian dahulu kerana ingin memperkenalkan kepada umum memandangkan sate tuna sirip kuning ini adalah produk baharu,” katanya.

Khartini berkata, produk ini adalah keluaran 100 bumiputera dan daripada proses awal penangkapan ikan tuna diusahakan oleh mereka sendiri.

“Tangkapan ikan tuna dibuat di Semporna, Sabah dan kemudiannya dibawa ke kilang di Melaka untuk melalui proses-proses lain seperti pemotongan, perapan sate dan sebagainya.

“Istimewanya, kami mencucuk sate secara manual bagi mengekalkan kualiti di mana hasilnya akan menjadi lebih cantik tanpa menggunakan mesin,” katanya yang memberitahu pengeluaran sate tuna sirip kuning sebanyak 100,000 cucuk setiap bulan.

Bagaimanapun, katanya, untuk sasaran akan datang, syarikat menetapkan pengeluaran sekitar setengah juta di samping ingin menembusi pasaran perhotelan dan segmen-segmen lain yang selari dengan kualiti produk ini.

Baca juga:   MITI, KKM bincang wujudkan program vaksinasi dos penggalak

Biarpun baharu tiga tahun menjalankan perniagaan ini, Dr. Tuna Sdn Bhd telah diangkat sebagai Ikon Selangor bagi tahun 2020, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

-Edisi 9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan