29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KPM arah perunding siasat bumbung sekolah runtuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PIHAK perunding yang menjalankan kerja-kerja reka bentuk bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di Muar, Johor diarah menjalankan siasatan terperinci punca bumbung sebuah blok sekolah itu runtuh.

Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengarahkan pihak berkenaan menyediakan laporan berhubung kejadian tersebut.

Pada masa yang sama, siasatan dan laporan itu juga termasuk mengenai keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan yang masih dalam pembinaan itu.

“KPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar juga mengarahkan pihak perunding dan kontraktror, mengambil tindakan pembaikan dengan segera setelah siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan blok-blok terbabit dapat digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka,” menurut kenyataan itu hari ini.

KPM menjelaskan pihaknya dan JKR Daerah Muar telah membuat siasatan dan mendapati struktur bumbung masih dalam pembinaan serta belum ditutup sepenuhnya.

“Angin kuat semasa kejadian telah memasuki struktur bumbung yang dalam keadaan separa terbuka telah menjadi punca kegagalan struktur bumbung di blok Meranti,” katanya.

Jelas KPM, kerja-kerja menaik taraf bumbung sekolah dan penyelenggaraan bangunan serta lain-lain kerja berkaitan di SMK Seri Menanti dilaksanakan melalui perolehan secara sebut harga oleh JKR Daerah Muar selaras dengan peraturan perolehan yang berkuat kuasa.

“JKR Daerah Muar telah mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bumbung dan penyelenggaraan bangunan di sekolah berkenaan bermula dari 16 Ogos tahun ini dan dijangka siap bulan depan.

Semalam, media melaporkan bumbung sebuah blok di SMK Seri Menanti runtuh dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika sesi persekolahan dan pelajar dalam waktu rehat.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar berhasrat bawa masyarakat cakna isu semasa

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan