29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kluster baharu Omicron dikesan di Singapura

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura mengesahkan dua kes membabitkan varian COVID-19 Omicron di sebuah gim.

Katanya mereka sedang menunggu keputusan ujian ketiga yang dijalankan ke atas seorang lagi pengunjung gim berkenaan.

Ketika ini kementerian itu sedang mengenal pasti kontak rapat kepada ketiga-tiga individu terbabit yang hanya menunjukkan gejala ringan.

Mereka juga tidak mengembara ke mana-mana negara lain sebelum ini dan telah melengkapkan dua dos vaksin.

Laporan tersebut tidak menyatakan jika mereka telah menerima dos penggalak.

Setakat ini sebanyak 71 kes berkaitan varian Omicron telah disahkan di Singapura, 65 kes daripada jumlah itu merupakan kes import.

“Akibat varian ini mudah tersebar, kami menjangkakan lebih banyak lagi kes berkaitan varian Omicron akan dikesan,” katanya, lapor Astro Awani.

Lebih 87 peratus daripada 5.5 juta populasi keseluruhan telah melengkapkan dua dos vaksin di Singapura yang kini memberi tumpuan kepada pemberian dos penggalak.

Ketika ini hanya 34 peratus penduduk republik itu telah menerima dos penggalak.

Kes jangkitan COVID-19 menurun dalam beberapa minggu ini daripada kes harian sebanyak 5,324 yang dicatat pada akhir Oktober.

Sebanyak 195 kes positif baharu dikesan pada Isnin.

Varian Omicron kini lebih pantas menular daripada varian Delta dan turut menjangkiti mereka yang telah melengkapkan suntikan vaksin atau telah pulih daripada jangkitan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan