28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Banjir: Khazanah, Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRIHATIN dengan musibah yang dihadapi mangsa banjir, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan yayasannya, Yayasan Hasanah masing-masing mengumumkan sumbangan bernilai RM5 juta dan RM2.5 juta untuk membantu menyokong usaha bantuan segera.

Di samping sumbangan kewangan, Yayasan Hasanah turut bekerjasama dengan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan segera kepada mangsa banjir.

Sumbangan itu akan disalurkan melalui Rangkaian Tindakan Bencana (GDRN) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang ketika ini menyelaraskan bantuan kepada mangsa yang memerlukan bantuan segera.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, Khazanah bersama Yayasan Hasanah telah menggerakkan pelbagai bantuan di kawasan terjejas untuk membantu dan menyokong mangsa.

“Ini selari dengan sokongan kepada kerajaan untuk memastikan isi rumah ini pulih dengan segera.

“Dalam menangani situasi tersebut, kami akan melakukan segala yang mungkin dan menghargai bantuan yang diberikan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat kepada mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, sumbangan kewangan yang diterima akan digunakan untuk bantuan segera termasuk logistik, penyediaan makanan dan kit kebersihan untuk keluarga dan kanak-kanak.

“Sebagai Sekretariat Bersama untuk GDRN bersama Yayasan TM, saya juga ingin melaporkan bahawa pelbagai GLC dan GLIC kini berada di lapangan untuk memberikan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan kepada mangsa.

“Khazanah, Yayasan Hasanah dan rakan kami akan turut menyediakan bantuan perubatan termasuk pembersih tangan, kit ujian pantas dan pelitup muka.

“Semasa fasa pemulihan, bantuan kewangan akan digunakan untuk peralatan membersih, menyediakan kelengkapan asas rumah, kit kembali ke sekolah dan membantu sukarelawan,”katanya.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan