34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Laluan Karak, LPT1 masih ditutup kepada semua kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA kawasan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir dan tanah runtuh.

Menurut kenyataan LPT di laman rasmi Facebooknya, sehingga pukul 8 pagi ini beberapa kawasan di LPT1 kini terlibat dengan banjir manakala di KLK, lima kawasan terjejas ekoran tanah mendap dan runtuh.

Malahan kawasan terbabit menunjukkan trend air menaik antaranya laluan di KM 84.6, Lanchang-Karak serta Lanchang-Temerloh membabitkan laluan antara KM112.2 sehingga 114.8.

Bagi LPT1 antara kawasan yang terjejas dengan banjir adalah:-

  1. KM 114.8 (Lanchang-Temerloh)
    – Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menaik.
  2. KM 113 (Lanchang-Temerloh)
    – Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menaik.
  3. KM 84.6 (Lanchang-Karak)
    – Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menurun.
  4. KM 116.1 (Lanchang-Temerloh)
    – Banjir melibatkan semua lorong (Kedua-dua arah). Trend air menaik.
  5. KM 112.2 (Lanchang-Temerloh)
    – Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menaik.
  6. Laluan Karak-Temerloh masih ditutup kedua-dua hala (KM76-KM126).

Sementara itu, bagi lebuh raya KLK pula, kawasan yang terjejas adalah :-

  1. KM74.9 Karak (hala Kuala Lumpur) – Banjir surut. Berlaku sinkhole di lorong kiri.
  2. KM74.4 Karak (hala Kuala Lumpur) – Banjir lumpur. Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
  3. KM71 Bentong (kedua-dua hala) – Banjir – Ditutup kepada semua jenis kenderaan
  4. KM69.5 Bentong (hala Kuala Lumpur) – Aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
  5. KM67.8 Bentong (hala Kuala Lumpur) – Aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan