32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

KKM nasihat warga emas, komorbiditi elak lokasi sesak

Bagi melindungi golongan berkenaan yang mudah dijangkiti virus COVID-19 varian Omicron - Khairy Jamaluddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menasihatkan warga emas dan individu dengan komorbiditi supaya tidak membuat perjalanan ke luar negara dan mengelakkan dari menghadiri lokasi awam yang sesak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata nasihat tegas itu bagi melindungi golongan berkenaan yang mudah dijangkiti virus COVID-19 varian Omicron.

“Kalau tak dapat elak, kita faham. Tetapi kalau dapat elak jangan bawa warga emas ke tempat sesak pada masa ini.

“Warga emas dan mereka yang ada komorbiditi serius juga dinasihatkan supaya mengelak daripada membuat perjalanan ke luar negara buat masa ini disebabkan varian Omicron,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, sebanyak 20 negara sudah melaporkan pengesanan varian baharu Omicron (B.1.1.529) dengan 18 daripadanya melibatkan kes import setakat semalam.

Baca juga:   2,773 kes baharu, enam kematian direkod

Pada masa sama, sebanyak 203 daripada 215 kes varian yang membimbangkan (VOC) Omicron dilaporkan di dalam laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID).

Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan maklumat diperoleh setakat ini, varian tersebut disyaki berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu yang mempunyai sistem imun rendah (immunocompromised).

Menurutnya, ia juga mempunyai banyak mutasi, termasuk 26 hingga 32 mutasi di spike protein serta 10 mutasi di protein yang melekat kepada ACE2 receptor yang membolehkan virus masuk ke dalam sel badan.

“Sebagai perbandingan, varian Beta mempunyai tiga mutasi dan varian Delta mempunyai dua mutasi. Malah, varian ini telah menular pada kadar yang lebih pantas daripada varian lain sekali gus menunjukkan kemungkinan besar ia lebih mudah merebak.

Baca juga:   BN, PH sukar bentuk kerajaan secara bersendirian

“Bukti awal menunjukkan varian ini juga berkemungkinan menyebabkan risiko lebih tinggi untuk jangkitan semula (reinfection) berbanding VOC lain,” katanya.

Menurut beliau, buat masa ini, KKM masih belum mengetahui lebih lanjut berkenaan varian baharu tersebut terhadap komplikasi dan keberkesanan vaksin sedia ada.

“Kita belum tahu sehingga sekarang sama ada ia menyebabkan gejala atau komplikasi lebih teruk dan sama ada keberkesanan vaksin sedia ada adalah kurang atau sebaliknya terhadap varian ini.

“Bagaimanapun, perkembangan berhubung perkara ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Baca juga:   BN, PH sukar bentuk kerajaan secara bersendirian

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiada dokumen pengenalan diri, 4 nelayan asing ditahan

SEBUAH bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama empat nelayan warga Myanmar telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan