31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelancong negara berisiko tinggi dihalang kunjungi Langkawi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELANCONG dari negara yang melaporkan penularan varian Omicron atau berisiko tinggi berlakunya penularan tidak dibenar menyertai program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata turut tidak dibenarkan ialah pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara berkenaan dalam tempoh 14 hari.

“Warganegara Malaysia yang pulang dari negara melaporkan penularan varian Omicron atau negara yang berisiko tinggi berlaku penularan, dibenarkan memasuki Malaysia melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin khas.

“Pelancong asing yang disahkan positif COVID-19 varian Omicron pula akan diisolasi di hospital swasta dan perlu menanggung sendiri kos rawatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil beberapa langkah keselamatan bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19, Omicron termasuk menghentikan sementara penggunaan sistem pagar automatik di lapangan terbang secara serta-merta.

Advertisements

Menurutnya, arahan yang dikeluarkan itu bagi membolehkan pegawai daripada Jabatan Imigresen (JIM) dapat menyoal pengembara mengenai sejarah perjalanan mereka.

“Sekiranya sistem pagar automatik itu masih digunakan, pihak JIM tidak dapat mengetahui sama ada pengembara itu pernah mengunjungi negara yang berisiko atau sebaliknya.

“Selain itu penerbangan yang membawa penumpang dari negara yang melaporkan penularan varian membimbangkan (VOC) Omicron yang disenaraikan hanya dibenarkan masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja,” katanya.

Menurut beliau, pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) juga perlu menyediakan laluan khas bagi pengembara berkenaan serta syarikat penerbangan perlu bertanggungjawab mengenalpasti pengembara dari negara yang melaporkan penularan Omicron atau berisiko tinggi yang menaiki penerbangan mereka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan