30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

TGV mohon kanak-kanak dibenarkan masuk wayang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUSAHA pawagam kini dalam proses berunding dengan kerajaan bagi mendapatkan kebenaran keluarga bersama kanak-kanak dibenarkan memasuki panggung wayang.

Pengurus Awam Jualan dan Pemasaran TGV Cinemas atau TGv, Mohit Bhargava berkata, pihaknya sendiri berharap kebenaran itu akan diberikan lebih – lebih menjelang musim cuti sekolah hujung tahun ini.

“Kami berjaya mencapai sasaran (jumlah pengunjung) dalam masa singkat mengambil kira operasi dengan kapasiti terhad.

“Tapi, kami masih belum dapat mengalukan kedatangan keluarga bersama kanak-kanak.

“Dalam pada teruja dengan pencapaian itu, kami masih dihujani maklum balas daripada pelanggan yang ingin bawa bersama anak-anak ke wayang. Terutama sekarang menjelang musim cuti sekolah.

“Keluarga Malaysia sangat sukakan pengalaman TGV dan keliru kenapa mereka boleh bawa anak-anak ke restoran dan taman tema tetapi panggung wayang tidak boleh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohit berkata, mereka berharap rundingan bersama kerajaan kelak akan berhasil untuk membenarkan keluarga bersama anak-anak dapat merasa kembali pengalaman menonton wayang.

“Kami ingin meyakinkan pelanggan kami bahawa hal ini sedang diusahakan bersama kerajaan dan pihak berwajib untuk diteliti. Semoga kami dapat berkongsi berita positif tidak lama lagi,” katanya.

Lebih dua bulan beroperasi semula, TGV berjaya mencapai angka lebih sejuta pengunjung di seluruh Malaysia. Sekali gus membuktikan panggung wayang semestinya sangat digemari rakyat kita.

Dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, pengunjung jelas yakin untuk ke pawagam. Bagaimanapun, buat masa sekarang, kebenaran hanya diberikan kepada mereka yang lengkap divaksin.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan