32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura digantung sementara

Ini berikutan terdapat satu kluster varian Omicron dikesan di negara itu sepertimana diumum oleh Kementerian Kesihatan Singapur pada 20 Disember lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menggantung penjualan tiket bas dan pesawat udara ke Singpura bagi inisiatif laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) berikutan terdapat satu kluster varian Omicron dikesan di negara itu, pada 20 Disember lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penggantungan penjualan tiket ini bagi perjalanan mulai esok sehingga 20 Januari tahun depan.

Menurut beliau, penjualan tiket perjalanan darat dan udara itu akan dibuka semula mulai 21 Januari, selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022, selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 20 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Singapura telah mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian satu kluster tempatan COVID-19 membabitkan tiga kes positif, termasuk dua menunjukkan kemungkinan varian Omicron, manakala keputusan bagi lain-lain kes masih belum selesai.

Ketiga-tiga kes tersebut tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.

Khairy bagaimana pun berkata, bagi pengembara yang sudah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat ditetapkan, boleh meneruskan perjalanan mereka ke negara itu.

Katanya, maklumat lanjut berhubung arahan terkini bagi penggantungan sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif VTL boleh dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (VTL Udara) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (VTL Darat).

“KKM ingin menyarankan semua pengembara supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta SOP yang telah ditetapkan.

“Lakukan ujian pengesan COVID-19 kediri secara berkala bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan