28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

349 calon layak bertanding PRN Sarawak – Abdul Ghani

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 349 calon daripada 11 parti politik dan calon bebas akan bertanding bagi merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang bermula hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, selepas masa penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi hari ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di kesemua 82 kerusi.

Menurutnya, Parti Bumi kenyalang (PBK) pula akan bersaing di 73 kerusi DUN sementara Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula sebanyak 70 kerusi.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan 28 calon sementara DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi – 15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB -11), Parti Amanah Negara (Amanah) lapan, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) lima dan Pas bertanding di satu kerusi sahaja.

Baca juga:   38,798 pengundi baharu didaftar secara automatik sepanjang Mei

“Seramai 30 calon bebas akan bertanding dalam PRN Sarawak kali ini.

“PRN Sarawak kali ini menyaksikan pertembungan lebih dua penjuru dengan paling banyak di DUN Dudong membabitkan lapan penjuru. Tujuh kerusi menyaksikan pertembungan enam penjuru.

“Selain itu 24 kerusi membabitkan persaingan lima penjuru, 33 (empat penjuru), 13 kerusi (tiga penjuru) dan empat kerusi menyaksikan pertembungan dua penjuru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Ghani berkata, daripada 349 calon tersebut, 304 adalah calon lelaki manakala 45 lagi calon wanita sementara calon tertua adalah di DUN Bawang Assan yang berusia 79 tahun.

Baca juga:   239 calon bertanding di 56 DUN PRN Johor, tiada calon ditolak

Calon termuda bagi PRN Sarawak kali ini pula membabitkan kerusi DUN Batu Lintang dan DUN Nangka masing-masing berusia 24 tahun.

Sepanjang tempoh penamaan calon jam 9 pagi tadi, dua kertas pencalonan ditolak SPR iaitu di DUN Jemoreng melibatkan calon PBK dan DUN Senadin iaitu calon bebas.

Proses mengundi awal PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundi pada 18 Disember.

Seramai 1,252,014 pengundi berdaftar layak membuang undi dalam pilihan raya kali terdiri, iaitu 1,228,858 adalah pengundi biasa, 12,585 orang anggota tentera dan pasangan, 10,458 orang anggota polis
PGA dan pasangan serta 113 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Baca juga:   Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka 15 Okt., bayaran pertama 26 Okt.

– Edisi 9

Terkini

KKM sahkan tiada pengedar air zam zam di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini...

Lagi Artikel Berkaitan