27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PRN Sarawak: SPRM buka 5 bilik gerakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka lima bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Bilik-bilik gerakan tersebut adalah di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang yang akan beroperasi selama 24 sepanjang tempoh pilihan raya tersebut.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected],” menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).-Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan