32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022

PM pastikan inisiatif dilaksanakan, capai sasaran RMLT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memastikan semua strategi dan inisiatif yang ditetapkan dapat dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Menurutnya, kerajaan memandang serius usaha-usaha untuk memastikan pelaksanaan projek dan juga program ini dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang dipengerusikan oleh saya dan disokong oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja ini akan bermesyuarat sebanyak empat kali setahun bagi memantau pelaksanaan sembilan fokus utama dan sembilan pemacu terpilih RMLT ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 kali pertama di Putrajaya.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan barisan Jemaah Menteri, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan.

Perdana Menteri berkata, antara keputusan mesyuarat tersebut ialah menerima dan bersetuju kerangka tadbir urus pemantauan RMK-12.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 akan memantau secara khusus 20 perkara utama di bawah rancangan tersebut.

Antaranya ialah prestasi pelaksanaan projek dan perbelanjaan pembangunan, membasmi kemiskinan tegar, menambah baik ekosistem TVET dan transformasi perkhidmatan awam.

Ismail Sabri berkata, dalam mesyuarat itu juga, kerajaan turut menerima dan bersetuju dengan pendekatan baharu pembasmian kemiskinan tegar secara holistik yang akan diterajui bersama oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Baca juga:   i-Kaseh kutuk usaha cuba guling kerajaan PN

“Program ini adalah berdasarkan pendekatan keseluruhan negara.

“Program ini akan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan keperluan lokaliti dan mengambil kira pelbagai dimensi termasuklah aspek pendapatan, pendidikan dan kemahiran serta kesihatan,” katanya.

Baca juga:   Masyarakat perlu bertanggungjawab di tempat awam - Muhyiddin

Jelas Perdana Menteri, sebanyak 50 lokaliti dipilih bagi pelaksanaan dalam fasa pertama yang bermula awal tahun depan.

“Dalam memilih lokaliti tersebut tumpuan akan diberikan di negeri-negeri dengan kadar kemiskinan tegar tertinggi. Program ini akan dilaksanakan di bandar dan luar bandar tanpa mengira etnik.

“Mesyuarat bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar ini akan diadakan dengan kerap. Ini bagi memastikan pelaksanaan program membasmi kemiskinan tegar berjalan dengan lebih berkesan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain itu, prestasi Perbelanjaan Pembangunan (DE) Asas 2021 termasuklah isu-isu yang berkaitan serta keperluan kewangan pada tahun seterusnya turut sama diberi perhatian.

“Bagi memastikan keberkesanan pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan RMK-12, Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) telah diedarkan kepada semua Kementerian dan agensi bermula 23 November lalu.

“Prestasi pencapaian PPD, RMLT ini akan dipantau dengan menggunakan Sistem Pemantauan RMKe-12 bermula awal tahun 2022,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Nadma bakal ditubuhkan di negeri dan daerah

MAJLIS Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkemungkinan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan aspek pengurusan bencana di...

Lagi Artikel Berkaitan