30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lakonan watak gay, Jakim sedia rujuk SKMM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk merujuk kes pelakon yang melakonkan watak gay kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Memetik laporan Metro Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, ini kerana ia bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.

“Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan gay ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelakon lelaki yang melakonkan babak romantik bersama pelakon lain dalam sebuah siri drama yang sudah ditayangkan.

Katanya, jika perkara itu berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama ngeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua negeri berusaha untuk membolehkan jemaah menunaikan solat berjemaah secara normal.

Katanya, ia dibincangkan di dalam Majlis Kebangsaan Islam (MKI) bersama tokoh agama dan mufti sebelum ini.

“Tapi perkara itu kita bawa kerana bidang agama ini adalah bidang kuasa negeri-negeri. Sebab itu sesetengah negeri tak sama.

“Di Wilayah (Persekutuan) alhamdulillah, solat berdasarkan kapasiti masjid. Sesetengah negeri masih lagi dihadkan 300 orang, 500 orang, ada negeri 12 orang saja.

“Jadi benda-benda itu kita kena hormatlah, kita ada perlembagaan, tak boleh nak langgar bidang kuasa yang ada orang.

“Tapi apa boleh buat, orang hentam menteri agama. Pagi, petang, siang, malam, subuh, sahur, dhuha orang hentam saya. Tapi saya steady-lah. Saya sejuk di kepala, membara di dada. Nabi pun orang hentam teruk, kita ini manusia, mesti orang hentam lagi,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan