36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Firdaus graduan sulung Techno Huffaz politeknik

Muhammad Firdaus Naim memperoleh Diploma Pengajian Perniagaan dan Sijil Tahfiz Malaysia daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GRADUAN Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Muhammad Firdaus Naim Yusman @ Rizwan mencatat rekod sebagai graduan sulung lulusan Dual Certification Program Techno Huffaz Politeknik Malaysia di negara ini.

Dia merupakan generasi pertama yang mengikuti program yang mula diperkenalkan pada sesi Jun 2017 itu.

Muhammad Firdaus berkata, dia perlu mengorbankan tenaga dan hobi selama 3 tahun demi memberikan tumpuan terhadap dua pengajian itu pada satu masa.

“Saya menghabiskan hafazan surah yang terakhir sebelum maghrib pada 2 Ramadan 1440H. Perasaan saya bercampur-baur kerana tidak pernah terbayang mampu menghabiskan hafazan di politeknik ini,” katanya menerusi Facebook PSA.

Di bawah program itu, dia bukan sahaja memperoleh Diploma Pengajian Perniagaan tetapi juga Sijil Tahfiz Malaysia daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Muhammad Firdaus menerima diploma tersebut dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Ke-22 di Shah Alam, Selangor.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor.

PSA menerusi Facebook itu memaklumkan, program sijil berkembar itu pada mulanya hanya melibatkan pelajar Jabatan Perdagangan tetapi sejak 2019 ia diperluas kepada pelajar jabatan akademik lain seperti Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam.

“Harapan saya lebih ramai lagi di luar sana terbuka hati dan berminat untuk membaca al-Quran dan mendalaminya terutama golongan muda dan pelajar.

“Membaca al-Quran itu mudah, jika bukan kita (orang Islam) yang membaca al-Quran, siapa lagi?” kata Muhammad Firdaus.

Sementara, Zamani ketika berkata, program Techno Huffaz mampu melahirkan graduan pendidikan dan latihan teknikdan vokasional (TVET) yang global dan holistik seterusnya membina masyarakat yang multi-tasking dan multi-skilling dalam mendepani cabaran global.

Justeru, beliau berharap agar program tersebut diperluas sekali gus melahirkan lebih ramai teknokrat hufaz di negara ini.

Seramai 2,818 graduan PSA menerima ijazah, diploma serta sijil pada Majlis Konvokesyen Ke-22 yang diadakan secara fizikal bermula 6 hingga 10 Disember ini.

Daripada jumlah itu, seramai 702 graduan daripada Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Awam (946 graduan), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (702) dan 468 graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Sementara itu 27 graduan Sijil Kemahiran Penyenggaran Mekanikal adalah golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan