28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

4,262 kes baharu harian COVID-19; 5 lagi kluster

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian negara mencatatkan angka di bawah 5,000 dengan 4,262 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,663,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh merekodkan sebanyak 5,894 kes menjadikan kes kumulatif kini sebanyak 2,572,053 atau 96.6 peratus.

Menurut beliau, daripada kes harian berkenaan, kes import yang dilaporkan adalah sebanyak 15 kes.

“Ia membabitkan seramai 10 warganegara dan lima bukan warganegara.

“Sementara, penularan tempatan sebanyak 4,247 kes [4,125 warganegara (97.1 peratus); 122 bukan warganegara (2.9 peratus ).

“Terdapat sebanyak 78 kes daripada kes harian yang dilaporkan hari ini (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan 4,184 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Baca juga:   Kerjasama Jabatan Penerangan & ADUN Kota cegah COVID-19

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 463 kes (359 kes disahkan COVID-19 ; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalag sebanyak 249 kes (163 kes disahkan COVID-19 ; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak lima kluster lagi dilaporkan hari ini, menjadikan kluster aktif kini sebanyak 234 kluster. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan