25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

32 pelajar, pensyarah KMNS pula positif Covid-19

Kesemua mereka telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAKIN banyak penularan jangkitan Covid-19 berlaku membabitkan institusi pendidikan dengan terbaharu seramai 32 pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah disahkan positif , sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap hari ini.

Beliau berkata, ketika ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah juga telah mengisytiharkan institusi tersebut sebagai kawalan secara pentadbiran.

“Seramai 32 pelajar dan pensyarah telah didapati positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin semalam.

“Segala pergerakan masuk dan keluar kolej dalam tempoh ini adalah tidak dibenarkan. Kami juga telah meletakkan anggota polis dan Rela di kawasan berkenaan,” katanya di Seremban, hari ini.

Sementara itu, katanya, seramai 523 orang pelajar dan pensyarah KMNS telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 18 November lalu sehingga kelmarin.

Advertisements

“Seramai 105 orang yang merupakan kontrak rapat sedang dikuarantin di kolej tersebut sehingga mendapat keputusan ujian saringan Covid-19,” katanya yang memberitahu jangkitan kes Covid-19 di situ telah dinamakan sebagai Kluster Intan Delima 2.0.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan terdapat 73 kes positif COVID-19 di sekolah berasrama penuh (SBP) itu melibatkan dua guru dan 71 pelajar.

Beliau berkta, kesemua yang dikesan positif itu adalah hasil saringan yang dilakukan terhadap 451 individu di sekolah itu yang terdiri daripada 13 guru, 437 pelajar dan seorang petugas sekolah.

Menurutnya, 65 pelajar yang positif telah dipindah ke di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Di Kedah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dinasihatkan untuk tidak beroperasi selama tiga hari bermula esok berikutan terdapat tiga orang guru yang positif COVID-19.

Ketiga-tiga mereka kini diarah menjalani perintah pengawasan di rumah –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan