24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Upin & Ipin menang anugerah di Indonesia

Tahun kedua berturut-turut meraih Anugerah Anugerah Kanak-kanak Antarabangsa sempena Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) di Indonesia

Mesti Baca

SIRI televisyen animasi tempatan, Upin & Ipin telah memenangi anugerah Animasi Kanak-kanak Antarabangsa dalam majlis Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 di Jakarta, Sabtu lalu.

Perkara itu dikongsi oleh pengeluarnya, Les’Copaque Production menerusi twitternya hari ini.

Siri Upin & Ipin yang ditayangkan di negara itu menerusi stesen televisyen MNCTV merupakan program animasi paling digemari kanak-kanak Indonesia.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut bagi Upin & Ipin dalam anugerah tersebut bagi kategori yang sama selepas memenanginya tahun lalu.

Anugerah disampaikan oleh Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Dave Akbarshah kepada wakil MNCTV selaku penyiar rancangan animasi tersebut.

Dave dalam ucapannya berharap lebih banyak program mesra kanak-kanak dapat dihasilkan untuk bersaing dengan kandungan asing yang merosakkan bangsa.

Advertisements
Trofi yang dimenangi oleh Upin & Ipin sempena Anugerah Penyiaran Ramah Anak 2021 di Jakarta. – Sumber: Les’ Copaque

“Program ini perlu dibangun dan dikembangkan. Sekarang ini terlalu banyak berita-berita palsu yang boleh memecah-belahkan masyarakat,” katanya seperti dilapor Sindonews.com.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar program-programn baru terus diterbitkan dan jangan sampai didominasi oleh program asing (barat) yang boleh merosak morak kanak-kanak.

Siri animasi Upin & Ipin itu mula ditayangkan di stesen televisyen Malaysia pada 2007 dan sehingga kini masih disiarkan menerusi TV9 manakala di MNCTV pula bermula 2017.

Upin & Ipin sebelum ini sudah meraih pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa antaranya Animasi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2007, Best On-Screen Chemistry (Shout! Awards – 2009) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 menerusi Watak Animasi Tempatan Paling Popular.

Selain siri televisyen, Upin & Ipin turut memasuki layar lebar menerusi tiga judul iaitu Geng: Pengembaraan Bermula (2009), Upin & Ipin: Jeng, Jeng Jeng (2016) dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan