31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pengurus besar agensi kerajaan ditahan SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Tawau, Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM8,000.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam oleh SPRM Cawangan Tawau.

Menurut sumber, suspek berkenaan menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018, sedangkan tugas itu dilakukan suspek sendiri.

Difahamkan lelaki terbabit dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Jumaat ini.-Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan