26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

TNB siap siaga pastikan bekalan elektrik terjamin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI memastikan bekalan elektrik dalam keadaan baik di pusat-pusat pengundian dan penjumlahan undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan persiapan rapi dalam memastikan bekalan elektrik sentiasa terjamin.

Ketua Operasi Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB, Mohd. Yusof Ibrahim berkata, aspek teknikal juga akan diambil kira.

Menurut beliau, pihaknya telah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu demi kelancaran bekalan sepanjang PRN Melaka.

“Seperti kebiasaan, kita memastikan gangguan yang minimum atau tidak berlaku sebarang gangguan sepanjang musim pilihan raya sehingga upacara angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu.

“Persiapan TNB melibatkan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Melaka, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklum balas mengenai perincian keperluan elektrik di pusat-pusat terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif lain turut dilaksanakan antaranya membuat penjadualan henti tugas terancang, pembaikan segera pemasangan kabel bawah tanah dan menaik taraf pencawang sedia ada kepada fasiliti yang dikawal secara automasi melalui sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data Berkomputer (SCADA).

Selain itu, bilik gerakan negeri dan operasi juga diwujudkan serta warga kerja teknikal akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi memastikan kelancaran bekalan sepanjang PRN.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua parti politik agar tidak memasang bahan kempen di mana-mana premis dan pemasangan eletrik milik syarikat tersebut. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan